Thursday, 13 October 2016

Nak Sejukkan Bilik Tidur? Mencari Alternatif Air Cond? Atau nak reka Air Cond Buatan Sendiri? Apa kata cuba 5 cara ini!

“Panas kan cuaca sekarang? Lagi-lagi kalo ada anak kecik yang tak suka duduk dalam keadaan panas - asyik menangis je selagi takde aircond - Pengalaman admin sendiri, anak admin suka duduk dalam kereta sebab ada aircond, so admin pun terpaksa selalu bawa anak berjalan (sampai anak tertido lena sebab sejuk)”

Tapi mahal kan nak miliki aircond? Paling murah pun kalau nak beli kalau yang macam admin jumpa kat Lazada ni pun RM579 tapi itu pun sebab ada less 47% kalau tak harga asal dia RM1k!


So apa kata kita cuba 5 cara ini untuk sejukkan rumah dengan cara murah tanpa penghawa dingin atau Air Cond.

1. Gunakan 'air humidifier’


Pelembap udara ini tidaklah semahal ‘air-cond’ - yang kat atas ni harga dia sekitar RM85 (tgh less 50%). Tugas alat ini adalah ia membantu menambah kelembapan udara dengan titisan wap airnya. (Air datang celah mana? Isi ler guna air biasa..)

Boleh dapat kat mana-mana pasaraya dan ada jugak secara online. Selain tambah air biasa, ada jugak yang jual aroma wangian untuk tambahkan kesan nyaman dan segar dalam bilik.

2. Alang-alang beli kipas, cari yang jenis rotation laju terutamanya kipas berdiri (standing fan)


Ini kerana kebanyakan model kipas berdiri seperti contoh di atas mempunyai kuasa motor yang tinggi membuatkan kelajuan rotation bilah kipas nya lebih laju dari model kipas meja yang lebih kecil. Cari yang mempunyai bilah yang lebih panjang (16 inci) dan kuat material nya supaya pukulan angin lebih terasa.

3. Pasang exhaust fan di tempat yang terasa bahang

Khind EF 8001 Exhaust Fan

Faedah pemasangan exhaust fan adalah:

  • memperbaiki peredaran udara dan jika dipasang di tempat betul, boleh mengeluarkan udara panas ke luar
  • mengurangkan kelembapan udara yang boleh memberi kesan pada dinding dan perabot
  • menghalang pertumbuhan kulat, spora yang boleh menggangu kesihatan
  • menyahkan bau, haba, debu dan asap
Cara pasang boleh didapati di sini. Bajet untuk satu exhaust fan ni dari RM85.

4. Buat ‘air-cond’ penghawa dingin sendiri/DIY

Yang ini perlukan sedikit kemahiran dan alatan tapi paling penting, murah!



5. Gunakan 'air cooler'


Seperti Air Humidifier cuma size yang lebih besar, ini di Air Cooler! Hanya sediakan air sekitar 4 Liter dah cukup untuk memberikan udara yang lebih sejuk selama beberapa jam sementara anda tidur! Lagi best kalau ikut pengalaman admin, admin akan beli beberapa paket ais besar dari 7-Eleven dan masukkan sekali dengan air sejuk (yang admin dah letak dalam peti ais sebanyak beberapa botol). Pergh, layan beb.

Bajet untuk memiliki satu air cooler - paling murah boleh dapat dalam RM200++.

Ha, macam mana, best tak?

Siapa kata air cond sahaja yang diperlukan untuk menyejukkan rumah? Daripada berbelanja RM1k, jimat sehingga RM800 bila anda guna teknik-teknik di atas. Tentu berbaloi!

7 comments:

  1. Info yang sangat menarik!!!tak semestinya guna aircond atau air cooler sj kan nk sejukkan rumah..

    https://faizaleda.blogspot.my/2012/12/air-cooler-ganti-aircond.html?showComment=1481704433020&m=1#c8986511870974507606

    ReplyDelete
  2. Rumah saya tak de aircond.. Saya cuma pasang exhaust fan di dalam bilik.. Exhaust fan dipasang terbalik supaya tarik udara sejuk dari luar ke dalam bilik. Saya pasang malam je.. Fuh.. Sejuk macam pasang aircond je bilik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exhaust fan tu sejuk dari luar ke dalam bilik kalau ada orang bakar ke tak bau ke dalam bilik

      Delete
    2. Bakar sampah

      Delete
    3. setahu saya x pernah lagi org bakar sampah malam2

      Delete
    4. malam jarang panas,siang yg selalu panas,kalau siang encik on x exhaust fan tu tarik udara dr luar ke dlm?

      Delete